Cinta bukan suatu yang pahit kalau kita memang mengenalinya sedalam-dalamnya , tetapi cinta adalah suatu pengalaman yang indah .
Cinta adalah seperti musim yang berlaku , musim bunga , musim tengkujuh , kemarau dan luruh ...saat musim bunga apabila bermulanya satu percintaan , pertemuan , perkenalan .. segalanya adalah indah manis dirasa saat bersama ..
Ketika tengkujuh melanda dalam percintaan , pergaduhan , perselisihan faham , cemburu dan marah berlaku anggapla sume itu dugaan dan cubaan dalam setiap perhubungan ...
Kemarau dalam percintaan jika persefahaman hilang, kemarau tidak semestinya membawa kepada perpisahan meskipun hubungan dalam keretakan...
Luruh .. suatu yang perit dalam kehidupan seseorang yang hangat bercinta , kerana ia bukan apa yang dipinta dan diharapkan , gundah dihati hanya diri sendiri yang rasakan , kesakitan cinta sesungguhnya tidak tidak akan pernah diungkapkan dengan kata-kata ...
No comments:
Post a Comment